
Bila disebut pasal matawang (currency) & emas pasti akan terlintas dekat fikiran saya berkenaan dengan isu inflasi yang sedang berlaku sekarang.
Apa itu inflasi?
🔸 Inflasi bermaksud peningkatan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan dari semasa ke semasa sementara kuasa mata wang semakin menurun.
Anda tahu apakah perkara yang mempengaruhi kadar pertukaran wang?
🔹 Selain daripada kadar inflasi & keluaran kasar dalam negara (KDNK), kadar tukaran wang juga menjadi penanda aras tahap kesihatan ekonomi sesebuah negara.
Apa perkaitan antara inflasi dengan matawang (currency)?
🔹 Secara amnya inflasi lebih banyak memberi kesan negatif terhadap kadar tukaran wang.
🔹 Kadar inflasi yang rendah tidak menjamin kenaikan matawang, tetapi kadar inflasi yang sangat tinggi berkemungkinan besar menyebabkan matawang jatuh.
🔹 Kadar inflasi yang tinggi bermaksud berlakunya kenaikan harga barang dengan mendadak.
🔸 Sebagai contoh, jika inflasi di Malaysia lebih tinggi berbanding Indonesia, secara amnya harga barang di Malaysia naik lebih tinggi berbanding di Indonesia.
🔸 Ini menyebabkan permintaan terhadap eksport barangan Malaysia jatuh seterusnya menyebabkan permintaan MYR juga jatuh.
🔸 Selain itu, orang Malaysia akan lebih berminat untuk membeli barang daripada Indonesia kerana harga yang lebih murah.
Jadi bagaimana nak melindungi diri dari inflasi?
🟢 Simpan/labur pada aset yang bersifat pelindung nilai.
🟢 Aset ini biasanya bergerak bertentangan dengan pasaran/ tidak tertakluk kepada turun naik pasaran yang mendadak.
🟢 Ia berpotensi membantu meminimumkan kerugian jika pasaran mengalami perubahan besar & tidak menentu seperti kenaikan kadar inflasi.
🔴 Contoh aset pelindung nilai adalah emas kerana ia cenderung untuk meningkat apabila USD melemah (dolar jatuh) di tengah-tengah inflasi yang tinggi.
Thanks for reading this sharing. InsyaAllah jumpa anda lagi di next post 😊