JADIKAN EMAS SEBAGAI DANA PERSARAAN ANDA

Bersara/pencen merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh penjawat-penjawat awam mahupun swasta. Saat itulah seperti beban & tanggungjawab yang dipikul akan dilepaskan. Setelah bersara, kita tidak perlu memikirkan apa-apa bebanan hutang, bayaran ansurans rumah atau kereta.

 

Pembiayaan peribadi sepatutnya bukanlah menjadi beban setelah menjadi pesara. Hanya perlu enjoy dan dekatkan diri untuk beribadah. Meluangkan masa bersama-sama keluarga. Sebenarnya, masih ramai yang telah bersara dan melakukan pekerjaan baru.

 

Sebenarnya, alasan mereka bukanlah disebabkan bosan tanpa melakukan apa-apa pekerjaan di rumah, tetapi adalah:
🧩 Loan rumah, kereta
🧩 Pembiayaan peribadi / kredit kad
🧩 Hutang ALONG
🧩 Masih menanggung anak-anak kecil / masih belajar
🧩 Ada juga yang terpaksa menanggung perbelanjaan cucu

 

Bagi mereka yang bersara dengan kerajaan, wang pencen yang diterima sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan perbelanjaan bulanan. Bagaimana pula bagi mereka yang bersara dengan swasta? Wang simpanan KWSP? Simpanan KWSP jika dimanfaatkan sebaiknya, dapat digunakan untuk beberapa tahun selepas bersara.

 

Jika sebaliknya? Umpama ‘durian runtuh’ setelah mendapat wang simpanan KWSP dan dibelanjakan tanpa kawalan atau perancangan seterusnya. Ada yang sanggup menghabiskan wang simpanan KWSP tidak sampai 2 tahun setelah dikeluarkan.

 

Oleh itu, kita disarankan untuk menyimpan emas untuk dijadikan sebagai dana persaraan pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan gaji. Lakukan secara konsisten agar simpanan emas ini akan terus bertambah. Usah ambil tahu berapa harga emas pada waktu itu. Lakukan sahaja dengan mengalihkan nilai matawang ke dalam bentuk emas.

 

Setelah bersara, kita akan dapati bahawa simpanan emas yang telah dilakukan sebelum ini dapat membantu selain wang simpanan KWSP ataupun pencen yang diterima setiap bulan. Dana persaraan ini juga boleh dimanfaatkan jika kita berada dalam kecemasan atau memerlukan wang perubatan setelah bersara kelak.

 

Mulai sekarang, anda hanya perlu berdiri di kaki sendiri & mulakan tindakan menyimpan emas. Orang lain tidak akan dapat membantu anda jika anda memerlukan bantuan kewangan yang melebihi kemampuan mereka.

 

Ayuh sama-sama kita mulakan menyimpan emas untuk membina dana persaraan kita.

 

🔗 Source : CLICK HERE

 

»»»»»»»»»»»»»»»»

 

Belum ada account di QM? Jom cuba dulu buka sebab

 

It’s FREE! It’s FREE! It’s FREE!

 

<TEKAN SINI UNTUK BUKA ACCOUNT DI QM>

 

Contact coach DEKAT SINI untuk dapat personal/group coaching secara PERCUMA

 

You may also like

Leave a comment

Open chat
Hello 👋 Chat with me!