BERDUIT vs RASA BERDUIT. MANA LAGI BAHAYA?!

Kejadian ni berlaku minggu lepas, masa aku nak balik dari KLIA2 ke rumah. Sesampainya aku dekat KLIA2, sebab dah rasa penat gila & dalam kepala ni memang pikir nak terus shot balik jer terus! Tu yang zasss terlintas macam nak naik grab jer. Tapi bila buka apps Grab, tengok kadar harga time tu,“Ya Allah, kenapa mahal sangat ceq oiii! Nah RM55 oiii!”

 

MANA YANG BOLEH JIMAT, KITA CUBA JIMAT…

 

RM55 untuk aku sorang! Biar betul! Tak jadi aku nak order grab. Terus aku berjalan ke terminal bus dekat bahagian bawah, pergi kaunter, aku beli tiket bus untuk turun ke Putra Height LRT Station. Tambang baru je RM6 sehala! Kemudian, dari LRT Putra Height (KJ Line) aku tukar ke platform SP Line utk turun dekat LRT Puchong Perdana. Untuk perjalanan ni tambang baru RM3 sahaja. Ya Allah kalau korang nak tahu, aku dpt jimat banyak dekat sini sebab total kos perjalanan untuk 1 hala ni hnya RM9 shj! Murah sangat & jimat banyak! Alhamdulillah… 😍

 

BUKANNYA TAK MAMPU, TAPI…

 

Sebenarnya, aku mampu jer kalau nak bayar tambang Grab RM55, tapi pada pandangan akulah kan, dalam konteks nak membina kekayaan ni, ia bukan sahaja soal mampu. Tetapi adakah perlu atau tidak serta berbaloi atau tidak sesuatu tindakan kita tu! Kalau kita ambil mudah dekat perkara2 yang nampak kecil; BERBELANJA IKUT MAMPU BUKAN IKUT PERLU, percayalah cakap aku, kesannya akan jadi besar untuk jangka masa yang panjang.

 

Sebab tulah,“BERDUIT ITU PENTING, TETAPI RASA SENTIASA BERDUIT ITU LAGI BAHAYA!”

 

Ini kerana kebanyakan orang termasuklah saya, sering berbuat kesilapan besar ketika ada duit & rasa berduit. Lagi besar jumlah kekayaan seseorang itu, lagi besarlah risiko kesilapan yang bakal mereka akan buat.

 

JANGAN AMBIL MUDAH DEKAT KEBOCORAN KECIL & BELANJA HANGUS…

 

Pada satu ketika nanti, bila pendapatan kita dah makin besar, tahap kekayaan makin baik, jangan lalai! My advice to my future self & all of you, jangan membazir, jangan berbelanja apa yang bukan keperluan, jangan ambil mudah dengan komitmen hutang baru & tak peka dengan setiap apa yang kita bayar. Itu sebablah, aku sentiasa pesan pada diri untuk sentiasa lalukan setiap sen yang aku belanja hari ni dekat fasiliti GCA yang ada dekat QM. Aku tak nak all my expenses jadi belanja hangus! Sangat merugikan diri aku di masa hadapan kelak. Walaupun kita tengah bersenang-lenang hari ni, ingatlah langit tak sentiasa cerah. Berpada-padalah & beringat selalu. Sediakan payung sebelum hujan!

 

PLEASE TAKE NOTE EVERYONE…

 

Kebocoran yang kita anggap kecil itu serta perbelanjaan hangus yang kita ambil endah tak endah tu, akhirnya akan membuatkan tangki kekayaan kita muflis kalau kita tak handle this problem dengan bijak.

 

DARE TO START THE FIRST STEP! 🤜🏻🤛🏻

 

Anything to ask boleh tanya dekat sini directly.

 

Nak mula menyimpan emas tak perlukan modal yang besar. Ingat simpan dahulu baru berbelanja. Keputusan di tangan anda. Better late than nothing! Jom menyimpan & melabur emas di QM tanpa perlu rasa was-was.

 

<TEKAN SINI UNTUK BUKA ACCOUNT DI QM>

You may also like

Leave a comment

Open chat
Hello 👋 Chat with me!