Analisis Harga Emas

7 CYCLE ‘MARKET CORRECTION’ BAGI HARGA EMAS PADA TAHUN 2022

Sepanjang tahun, harga emas telah naik sebanyak 15% dari Jan – Mac disebabkan berlakunya peperangan antara Russia – Ukraine.

 

Namun, faktor pengukuhan USD mendorong kejatuhan emas sejak Mac sehingga Nov.Pengukuhan USD disebabkan kenaikan “interest rate” untuk mengawal kenaikan inflasi.

 

Walaupun berlaku kejatuhan selama 8 bulan berturut turut, kita dapat lihat ada “7 cycle correction” yang membolehkan pelabur emas yang membeli emas bagi produk GAEx10 mengaut keuntungan yang berganda.

 

Kenaikan harga emas pada bulan Oktober dan November selepas fasa “correction” memberikan peluang kepada pemilik emas di Quantum Metal mengaut keuntungan sehingga hampir 50% pada pembelian terakhir di support level di area 1640 usd/oz ke 1765 usd/oz.

 

Kenaikan ini juga membuktikan dengan ilmu yang betul, banyak potensi keuntungan boleh dibuat walaupun dalam keadaan downtrend sejak Mac 2022.

 

Semoga bermanfaat! Thanks for reading this writing. InsyaAllah jumpa anda lagi di next sharing 😊

 

Coach Hafiz
Angel Group
Creative Financial Solution

Harga Emas melonjak selepas NFP

 

RESISTANCE LEVEL

Selepas news NFP, pergerakan harga emas melonjak dan naik tepat ke garisan dynamic resistance level.

 

Ini adalah sentuhan ke 5 pada level dynamic resistance sejak 8 bulan berturut turut. saya jangkakan akan ada breakout dan new uptrend channel untuk penutup tahun ini.

 

Namun, jika harga masih tidak mampu break resistance level, akan berlaku ‘rejection’ & trend penurunan emas akan terus berlaku.

 

Data NFP ni boleh dikatakan kuat dan support kenaikan interest rates tapi cara pasaran response pada data ni berlawanan kerana bond yield sedang jatuh dan dollar sedang lemah.

 

Semoga bermanfaat! Thanks for reading this writing. InsyaAllah jumpa anda lagi di next sharing 😊

 

Coach Hafiz
Angel Group
Creative Financial Solution

Jangkaan Harga Emas Bagi Tahun 2022

Berdasarkan analisis daripada Kitco, penganalisis pasaran berpendapat tahun ini kita akan menyaksikan harga emas akan naik melebihi USD2000 per OZ. Kenaikan harga ini dijangka akan dipacu oleh dasar kewangan oleh Federal Reserved US (Fed).

 

Ini kerana Fed bertanggungjawab memastikan masalah inflasi yang melanda US boleh dikawal. Sekiranya data inflasi US melebihi 5% setiap bulan maka harga emas akan menaik. Ini kerana pelabur akan mengalihkan modal mereka kepada emas dan perak. Selain itu, pelabur juga akan memantau kesan virus covid-19 varian Omicron. Adakah Omicron mampu menjejaskan ekonomi dunia? Ini adalah salah satu faktor ketidaktentuan tahun 2022.

 

Apa lagi faktor yang boleh menaikkan harga emas tahun 2022? 

 

Antaranya adalah hubungan politik diantara US vs China serta US dan Russia. Adakah berlaku perselisihan politik yang besar antara mereka tahun ini? Jika ya maka harga emas boleh naik. Long story short, ini adalah faktor-faktor fundamental yang boleh menaikkan harga emas tahun ini.

 

Namun untuk penyimpan/pelabur emas rakyat B40, saya nak bagi tips untuk anda:

  1. Kesabaran – Ingat anda invest emas untuk jangka masa panjang.
  2. Konsisten – Beli secara konsisten. Pastikan gram emas anda semakin bertambah sepanjang tahun, bukan berkurang. Beli dan tunggu lebih bagus daripada tunggu harga bagus baru nak beli.
  3. Pengurusan wang yang mantap – Sekiranya anda target nak simpan 10% income anda dalam emas, maka bila dapat income, cepat-cepat tukarkan duit tu kepada emas dan lepas tu lupakan sahaja (forgotten saving).

 

Sebagai contoh. jika dapat durian runtuh seperti bonus atau naik gaji maka saya recommend anda tukar 50% daripada durian runtuh itu ke dalam bentuk emas. 3 tips ini, jika anda ikuti betul-betul, InsyaAllah anda akan beruntung dengan emas.

 

Semoga bermanfaat! Thanks for reading this writing. InsyaAllah jumpa anda lagi di next sharing 😊

 

Coach Hafiz
Angel Group
Creative Financial Solution

Open chat
Hello 👋 Chat with me!