EMAS ASET RELEVAN SEPANJANG MASA

5+2 KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS SEBAGAI SIMPANAN

1. NILAI JANGKA PANJANG TERJAMIN
🔹Dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. But nowadays, harga 1 dinar sekitar RM670 – RM780.
🔹Hakikatnya, bukan harga barangan yang naik, tetapi kuasa membeli dengan duit kertas itu yang makin jatuh. Sedar atau tidak kita sebenarnya memerlukan lebih banyak duit untuk mendapatkan barang yang sama.
🔹Emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak akan sekali-kali menjadi kosong! Ia tidak ada tarikh luput, tidak hangus dek api, bahkan dalam bentuk serbuk sekalipun ia tetap bernilai.
🔹Aset lain seperti hartanah pun masih ada kebarangkalian menjadi kosong.

 

2. SENANG DITUKAR KEPADA TUNAI
🔹Tahukah anda, emas ni senang ditukar kepada tunai.
🔹Ini kerana, emas macam duit tunai juga cuma dalam bentuk berbeza. Ia merupakan aset fizikal yang paling mudah untuk dicairkan.
🔹Bila menyimpan emas, kita tak perlu risau kalau nak pakai duit. Emas itu boleh dijual pada bila-bila masa, dan di mana sahaja.
🔹Kalau anda membawa emas ke luar negara sekalipun, ia tetap laku sebab ia emas.
🔹Emas adalah “international money” yang diterima sejak zaman berzaman. Kalau sayang nak jual emas tu, kita boleh pajak di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Lepas tu cari balik duit untuk tebus emas tu

 

3. KEKAYAAN BERADA DITANGAN KITA
🔹Bila kita menyimpan emas, hakikatnya kekayaan tu ada ditangan kita sendiri.
🔹Anything happens di luar sana, selagi emas tu ada di tangan kita, insya-Allah, kekayaan itu memang ada dengan kita sendiri sebab nilai emas terletak pada BERAT & KETULENAN emas tu sendiri.
🔹Berbeza pula dengan duit kertas. NILAI SEBENAR duit kertas bukan pada kertasnya, tapi ia terletak pada jaminan kerajaan, kestabilan ekonomi & politik negara.

 

4. MENYEKAT NAFSU BERBELANJA
🔹Percaya atau tidak, sebenarnya dari sudut psikologi, apabila kita menyimpan emas, kita akan ada rasa sayang nak jual dan nafsu berbelanja akan tertutup secara automatik!
🔹Naluri manusia sejak zaman berzaman memang suka untuk mengumpul emas sebab ianya cantik. Berbeza pula dengan duit kertas.
🔹Nikmat emas pada mengumpul dan menyimpannya, manakala duit pula pada membelanjakannya.
🔹Jarang sangat saya jumpa sesiapa yang menyimpan emas yang berfikir untuk nak belanjakan emas mereka, tapi kebanyakan yang menyimpan duit mesti terfikir-fikir, di mana nak dibelanjakan duit itu!
🔹Oleh sebab itulah apabila menyimpan emas, kekayaan kita akan lebih bertahan lama.

 

5. ASET YANG MAMPU MILIK
🔹Emas (dan perak) merupakan aset fizikal mampu milik.
🔹Kalau tanah dan hartanah, kita perlukan modal yang besar untuk beli. Ia tak boleh dibeli mengikut kaki per segi.
🔹Berbeza dengan emas, kita boleh beli dengan bajet serendah 1 gram, bahkan item 0.5 gram pun sudah ada sekarang. Ada duit lebih sahaja boleh terus beli dan kumpul sedikit-sedikit. Malahan golongan pelajar pun sudah boleh menyimpan emas.

 

6. ASET YANG MUDAH ALIH
🔹Emas ialah aset fizikal yang paling mudah alih.
🔹Kalau beli tanah atau rumah-rumah sewa, ia memang tak boleh dialihkan. Untuk urusan jualan, ia memakan masa. Proses jual beli paling cepat akan selesai dalam tempoh 6 hingga 9 bulan.
🔹Berbeza pula dengan emas. kita boleh bawa ia ke mana sahaja kita pergi.

 

7. BOLEH DIJADIKAN MODAL PUSINGAN
🔹Kepada yang berniaga, emas itu boleh dijadikan modal pusingan.
🔹Bila anda perlukan duit untuk rolling, pajak sahaja emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman. Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu.
🔹Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan) dan keuntungan tunai (hasil bisnes). Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor.
🔹Jadinya, anda tidak berpeluang untuk ‘mencuri’ duit bisnes untuk kegunaan personal expenses (Anda harus ingat! Duit bisnes bukan duit peribadi anda!) sebagaimana duit tunai.
🔹Secara tidak langsung, modal bisnes anda itu akan lebih selamat jika disimpan dalam bentuk emas.

 

Thanks for reading this sharing. InsyaAllah jumpa anda lagi di next post 😊

 

»»»»»»»»»»»»»»»»

 

Belum ada account di QM? Jom cuba dulu buka sebab

It’s FREE! It’s FREE! It’s FREE! 😍

<TEKAN SINI UNTUK BUKA ACCOUNT DI QM>

Contact coach DEKAT SINI untuk dapat personal/group coaching secara PERCUMA

You may also like

Leave a comment

Open chat
Hello 👋 Chat with me!