HARGA EMAS DIUNJUR SEMAKIN MENINGKAT PADA TAHUN 2023

Harga emas dijangka terus meningkat tahun depan disebabkan ketidaktentuan ekonomi yang menyebabkan mata wang kebanyakan negara global rendah.

 

Pengurus Besar Kanan Habib Jewels Sdn Bhd, Mohd Zaruddin Mahmud, berkata harga emas pukal atau harga spot emas dijangka mencecah AS$1,800 seauns tahun depan. Beliau berkata, harga emas telah meningkat hampir 10 peratus dalam tempoh beberapa bulan ini sehingga memaksa emas pukal di Malaysia terpaksa dinaikkan sebanyak RM5 segram.

 

Dolar AS yang semakin melemah mengganggu banyak faktor menyebabkan pelabur semakin beralih kepada pembelian emas. Apabila permintaan semakin melonjak ia akan menyebabkan harga emas semakin meningkat. Instrumen emas akan menjadi pilihan utama pelabur,” katanya kepada BH.

 

Mohd Zaruddin berkata, bagi peringkat domestik pula, emas adalah salah satu elemen pelaburan yang selamat ketika ini. Beliau berkata, emas juga akan menjadi instrumen pilihan kerana harganya akan terus meningkat. Justeru, katanya adalah digalakkan untuk orang ramai membeli emas ketika harganya ini masih dalam lingkungan harga yang stabil.

 

“Emas adalah pelaburan yang selamat kerana harganya kekal stabil dan meningkat. Walaupun ada turun naik tetapi ia masih dalam lingkungan menaik. Pembelian emas sebagai elemen pelaburan juga adalah untuk jangka masa panjang,” katanya.

 

🔗 READ FULL ARTICLE HERE

 

Semoga bermanfaat! Thanks for reading this writing. InsyaAllah jumpa anda lagi di next sharing 😊

 

Coach Hafiz
Angel Group
Creative Financial Solution

You may also like

Leave a comment

Open chat
Hello 👋 Chat with me!